1. Apa itu Kacip Fatimah?


Kacip Fatimah (Labisia Pumila) adalah tumbuhan hutan rimba berasal dari Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara.

Kacip Fatimah kebiasaannya digunakan secara ubat-ubatan tradisional bagi memudahkan dan mendorong untuk bersalin serta selepas bersalin di kalangan wanita. Ia juga mengekalkan sistem pembiakan yang baik untuk wanita, untuk mengetatkan dan melincirkan serta meningkatkan fungsi seksual.

Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan aktif dalam Kacip Fatimah boleh diamalkan perempuan bujang dan yang sudah berkahwin kerana khasiatnya dapat membekalkan tenaga kepada tubuh manusia. Kacip Fatimah mengandungi elemen antioksidan dan phytoestrogen yang mana kedua-dua elemen ini mampu memberi manfaat kepada wanita.

2. Adakah Kacip Fatimah Extract Plus suatu produk farmaseutikal?


Tidak, ia bukanlah suatu produk farmaseutikal. Kacip Fatimah extract plus adalah sejenis produk kesihatan herba semulajadi dari ekstrak herba-herba Kacip Fatimah dan Pueraria Mirifica dengan menggunakan teknologi proses ekstrak moden. Ia tidak mengandungi sebarang kandungan ubat farmaseutikal, oleh itu ia bukanlah suatu produk farmaseutikal.

3. Bagaimanakah Kacip Fatimah Extract Plus berfungsi?


Phytoestrogen yang terdapat di Kacip Fatimah, lumrah tradisinya digunakan untuk memberi estrogen untuk pemudaan wanita. Ia membantu mengukuhkan kulit dan mengekalkan kelembutannya dengan komponen estrogennya. Tumbuhan ini menghalang kebanyakan masalah kesihatan wanita dengan mengimbang dan melindungi sistem kewanitaan dengannya.

Kacip Fatimah juga sering diambil sebelum dan selepas melahirkan untuk kesannya yang bermanfaat untuk kesuburan dan perlindungan rahim untuk menggalakkan kehamilan dan konsepsi yang sihat. Ia membantu dalam menyembuhi rahim, menadakan otot abdomen dengan menghilangkan lemak, mengurangkan haid yang menyakitkan dan menperoleh semula kekuatan badan.

Apabila diambil secara konsisten, ia membantu menubuhkan kitaran haid yang tetap sambil menghalang kekejangan, pengekalan air dan kerengsaan semasa tempoh haid yang menyakitkan. Kacip Fatimah juga digalakkan untuk mengambil selepas menopaus serta menggantikan kehilangan estrogen dalam badan untuk mengekalkan kemudaan wanita. Di samping itu, juzuk tumbuhan ini dilaporkan mempunyai ciri - ciri antioksidan dan anti-radang.

4. Siapa yang tidak sesuai mangambil Kacip Fatimah extract plus?


Memandangkan produk ini mempunyai sifat dalam meningkatkan estrogen, pesakit kanser dan mereka yang mempunyai keadaan sensitif dengan hormon tidak digalakkan untuk mengambil produk ini.

Wanita ketika haid atau mengandung jangan ambil produk ini. Tidak sesuai untuk wanita yang sedang menyusu, dan yang berumur bawah 18 tahun.

5. Adakah Kacip Fatimah Extract Plus mengandungi kesan sampingan?


Tidak seperti ubat farmaseutikal, Kacip Fatimah extract plus menggunakan formulasi herba semulajadi. Oleh itu, ia dianggap selamat apabila diambil secara lisan dalam tahap dos yang disyorkan.

Walau bagaimanapun, disebabkan oleh kesan phyto estrogen yang dikatakan, apabila mengambil dalam dos yang tinggi, kemungkinan ia mempunyai kesan sampingan yang sama degan estrogen, seperti kembung, kekejangan perut, dan sakit kepala. Jika gejala berterusan, berhenti menggunakan produk buat sementara dan berjumpa dengan doktor.

Oleh kerana produk ini berkesan meningkatkan estrogen, pesakit kanser dinasihatkan jangan menggunakan produk ini. Maklumat di dalam laman web ini tidak bertujuan untuk diagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit. Sila rujuk kepada doktor sebelum menggunakan produk ini; terutamanya jika anda mempunyai keadaan kesihatan, atau sedang ambil ubat untuk mengawal keadaan penyakit.

6. Apakah manfaat Kacip Fatimah extract plus?


Bahan aktif dalam Kacip Fatimah didapati berfungsi dalam mencuci dalaman tubuh badan terutamanya bahagian intim dan rahim dalaman. Masalah dalaman wanita seperti haid tidak stabil, senggugut, sakit perut, keguguran, lemah rahim dan pelbagai lagi akan berkurangan dan semakin baik.

Manfaat-manfaat produk ini seperti berikut:

  • Pembesaran dan mencatikkan payudara
  • Mengatasi masalah dalaman dan luaran wanita
  • Mengatasi masalah menopous seperti kekeringan, kepanasan dan kegelisahan
  • Menyeimbangkan kitaran haid para wanita yang tidak teratur dan lancar
  • Mengetatkan faraj
  • Mengurangkan masalah sakit senggugut para wanita
  • Membekalkan tenaga luar dan dalam Wanita
  • Mengembalikan nafsu
  • Mengurangkan masalah keputihan dan lendir yang berlebihan
  • Merawat kecederaan rahim dan kesan peranakan para wanita

7. Bolehkan saya mengambil Herbatec Kacip Fatimah Extract Plus semasa berhaid?


Ini tidak digalakan, kerana bahan aktif semulajadi Herbatec Kacip Fatimah Extract Plus boleh merangsang pengeluaran estrogen yang akan bertindak dengan hormon dalam tubuh badan.

8. Adakah Herbatec Kacip Fatimah Extract Plus bekesan dalam masalah haid?


Secara umumnya, Herbatec Kacip Fatimah Extract Plus mengandungi hormon phytoestrogen yang berfungsi menyeimbangkan hormon dan haid wanita, melancarkan perjalanan dan kitaran haid serta membekalkan tenaga dan menjadikan wanita lebih sihat luar dan dalam.